-->
skip to main | skip to sidebar
INI BLOG SURAYA!

twitter

Follow @sur_aya93

Do Love,Follow Love <3
 orang cumel memuji kebesaran Allah sambl bce entry belog suraya

Followers

Facebook Badge

Suraya Owez Merenkz

Create Your Badge

Saturday, October 29, 2011

sembelit..bagai nyawa disaat trkhir =(


assalamualaikum..
pernak kne x??
hmm ye suraya kne due arie lepas..astagfirullahhalazim..
mmg azb sngt..bkn x penah kne..tp nie lby trok..
rse x nk cter kn..n x nk ulang..
n suraya tau,nie ujian Allah untuk mnguji hmbenya..smoge ujian nie gak mnjadikn suraya brtmbah keimanan n kesabaran..
ape pown ley ckp,trime kaseh bnyk2 nurul affiqah binti kamar.
jasemu kukenang..hnye Allah yg dpt bls budi baek ko..
ko tlong belikan ubat..hmm.
time uh mang seksa gler..ngan ma poli nie xde..
huhuhu..mang nk ngis sngt2..
oke2..
jom kite kongsikan mngenai sembelit nie..
perkongsian ini kredit dr sumber:
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/Sembelit.pdf


Tanda dan Gejala
Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang
mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:
• Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan
kering.
• Perut kembung, kejang atau sakit.
• Kurang selera makan.
• Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan
apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan
ketidakselesaan.
• Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.




Sebab-Sebab
Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan
semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya
akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke
rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap. Sembelit berlaku apabila
kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab
menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan
menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
• Kurang serat dalam diet.
• Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
• Pengubatan.
• Susu.
• Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
• Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan
pengembaraan.
• Penyalahgunaan julap.
• Menahan untuk membuang air besar.
• Kekurangan air.
• Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
• Masalah dengan kolon dan rektum.
• Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab




Komplikasi
Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan
oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling
anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya,
pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.
Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus
kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik
memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau
untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).
Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum
secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa
najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan
orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang
diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan
memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.
Rawatan
Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan
meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan
meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.
Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:
• Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
• Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
• Anda dalam kesakitan.
• Anda mendapati najis anda berdarah.


Pencegahan
Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:
• Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan
sayuran.
• Minum banyak air.
• Lakukan senaman secara berkala.
• Jangan menahan untuk membuang air besar.
• Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut
individu.
• Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.


p/s:ade gak tngok fakta uh kte pngambilan gula yg bnyk..btol kottt..sjk akhr2 nie,asyik mkn gule2 jerw..hehe..

Posted by suraya binti mohd salleh at 29.10.11
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

SUKA BLOG NI??MEYH KITE LIKE =)


Shoutbox






AmBiLLaH wAkTu.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


muslimdiary